LOVE THEM =)

Sunday 23 October 2011

Perlu ke aku bertudung ?

Assalamualaikum semua . Huish berhabuk gila blog saya ni setelah sekian lama tk diupdate . Sorry guys . Jst been so busy with study apa semua . Oh spm is 23 days more to go . Debaran kian dirasai . Kemuncaknya sudah kian hampir cuma nk tinggl untuk GOL sahaja

Btw , sblm terlupa saya nk ucapkn tahniah kepada team terengganu yg tlh berjaya melayakkn diri ke Final Piala Malaysia ! Koho lah aku bangge jd anak ganu boh :p Okay bck to our topic . Perlu ke aku bertudung ? These few months kita blh nmpk kn mkin ramai artis yg sudah menerima hidayah untuk bertudung . Alhamdulillah :) Semoga disusuli dengan niat yg baik . InsyaAllah . So kt sini saya ada 8 sbb kenapa perlunya bertdung . Sblm tu saya bg overview dlu seorang gadis bertudung




Hekhek ni gmbr saya :P Jangan marah haaa :P

8 sebab kenapa perempuan bertudung lebih baik

1) Tuntutan agama

- Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa

-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat.  Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

3) Lebih pintar dan tenang

-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir

- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5) Lebih sopan dan manis

-Lebih 98%  lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat

-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7) Menjadikan diri anda “Mahal”

- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati

- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi

So skrg ni jangan jadikn bertudung sebagai satu TREND but jadikn sebagai salah satu AMALAN . Niat yg baik insyaAllah dibalasnya baik

Till then .. Assalamualaikum :)

1 comment:

Unknown said...

tak saja-saja dibuat hukum bertudung dan menutup aurat. mesti ada kecantikan setiap ketentuan ALLAH