LOVE THEM =)

Friday, 14 October 2011

Manusia tak faham konsep islam atau islam tak faham konsep manusia ?


Assalamualaikum semua . Salam jumaat guys :) Gambar saya terbalik ? Haa kalau berani cuba la terbalikkn pc korang atau lappy korang . Tp jgn terbalikkn cpu sudah :p hehe

Harini hari Jumaat . Hari yg plg mulia dalm seminggu . Even hari khiamat pun akan berlaku pada hari Jumaat . Betapa mulia nya hari Jumaat sehingga dituntut oleh Allah swt kepada kaum Adam supaya mengorak langkah ke rumah Allah dan menunaikan kewajipan bersolat jumaat .

Mood untuk entri saya harini ? Mestila panas , marah , meletopss ! >< Kenapa ? Sbb skrg dh jd terbalik . Bkn manusia yg ptt fhm konsep islam tp mcm nk islam pun fhm konsep dieorng . Ya Allah , apa mau jd ?

Al kisahnya mcmni ..

Adala sorang hamba Allah di facebook ni . Saya bukan niat untuk mengaibkn sesiapa tp sebagai tauladan serta pengajaran buat semua . Kalau tidak pun sebagai soalan yg ada question mark besar yg perlu ditanya kpd diri sndiri . Saya mungkin tk pandai tp saya tk buta . Inilah hakikat islam skrg . Seperti Islam pula yg perlu mengikut konsep manusia . Berbalik pd cerita saya , sorang hamba Allah ini rupanya sangat cantik , berlatar belakang kan keluarga yang senang , sentiasa dilimpahi rezeki oleh Allah swt .

Hamba Allah yang ini suka berbicara tentang dosa pahala , syurga neraka di facebook . Untuk menarik perhatian ? Wallahualam . Nk tnjuk baik sdgkan dia kufur ? Wallahualam . Tapi hamba Allah yg ini sgt pandai bercakap untuk dosa pahala . Tiba tiba saya ada terbaca satu statusnya yang berbunyi ;


‎- orang dengki sekarang ramai. Org kalau dengki, semua dia boleh buat bagi hati dia puas. Kalau kau nak tau, memalukan muka seseorang, mengaibkan org, memfitnah org tu dosa besar. Kau memang berjaya memalukan aku kat dunia, tapi sahaja kau tau, kat neraka, kau tak terselamat. Allah maha besar. Aku harap Allah akan balas cash kat dunia. Baru kau tau, apa aku rasa bila kau fitnah aku. Aku banyak bersabar dgn korang. Kutuk aku sini sana, sedangkan kau tak tahu siapa yg benar. Korg lebih tertarik kpd fitnah. Aku terima kutukan korang dan aku sabar. Korang takboleh lawan kuasa Allah. Alhamdulillah, tempat korang kat neraka jahanam. Astaghfirullahalazim. Amin. Terima kasih

Haa kalau kita tgk msti mcm ya Allah baiknya dia . Mcm dia tahu konsep sebenar . Seperti mana yg Allah janjikn kpd seluruh umatnya bahawa apa yg kita buat akan dibalas dgn setimpal . Tiba tiba saya scrool down lg dan saya terbaca hamba Allah yang menulis status ini membalas comment salah seorang daripada rakannya yang berbunyi ;

selagi I hidup, mesti I kena sabar. Org yg dengki ni semua masuk neraka.

Okay mungkin btl apa hamba Allah ini sdg ckpkan tp btl ke dr pandangan kita ? Dia sdg berckp pasal org yg berdengki akan masuk neraka . Tapi mcm mana dgn dia ? Mendedahkan auratnya serta tdk memakai tudung . Adakah syurga tempatnya ? Saya akui tdk semua gadis bertudung adalah baik tapi saya pernah diberitahu oleh ustaz saya akan sesuatu perkara yang berbunyi -

'Org pakai tudung, belum tentu masuk syurga. Tapi org ta pakai tudung, confirm masuk neraka'

Jadi mcm mana skrg ? Adakah konsep islam ini bercanggah dengan pemikiran umat islam skrg ? Dia pandai berkata kata tentang islam sedangkan dia patut sedar yang dia juga sama dgn org yg dengkikannya kerana dia tdk menurut perintah Allah untuk menutup aurat dan mengambil mudah tentang azab Allah . Adakah dia confirm yang dia akan masuk syurga ?

Sbb tu saya berkata manusia tk fhm konsep islam atau islam tak faham konsep manusia ? Wallahualam . Saya hanya mampu berdoa agar hamba Allah yg ini satu hari akn dibukakkn hati untuk memakai tudung dan membuang tabiat lama yg mendedakn separuh auratnya untuk 'dibelanjakan' oleh orang orang lain di fb . InsyaAllah :)


2 comments:

Aen Azhan said...

moral of the story : kita ni tak layak nak judge orang sama ada dia layak masuk syurga atau tidak. tu semua kerja Allah kan? btw suka entry macam ni :)

When she started to speak said...

thanks aen :)