Salam Readers . Hari ini 21 Ramadhan saya akan berkongsi juga dgn kalian tentang Ramadhan iaitu Magnet Bulan Ramadhan ! Satu permulaan :)
i) Permulaan Ramadhan
Ramadhan Kareem buat semua. Terasa begitu cepat benar masa berlalu, sedar tak sedar hampir 2/3 perjalanan Ramadhan kita telah lalui. Bila memasuki bulan Rejab dan Sya'aban, ramai yang tidak sabar menanti kehadirannya.
Ya Allah, bulan istimewa yang Engkau anugerahkan buat hamba-Mu. Syukur Ya Allah, Allah sampaikan kita pada bulan Ramadhan bulan yang terselit berjuta-juta keistimewaan dan peluang untuk kita selaku hamba-Nya merebut setiap detik sebaikya.
Ramadhan terbahagi kepada tiga fasa, iaitu 10 Ramadhan yang pertama adalah Rahmat (Mercy), 10 Ramadhan yang kedua adalah Keampunan (Forgiveness) dan 10 fasa terakhir adalah fasa pembebasan dari Api Neraka (Freedom From Hell).Fasa 1:10 hari awal bulan Ramadhan telah meninggalkan kita, tatkala muhasabah, cuba kita amat-amati apakah kita sudah menggunakan peluang sebaiknya? Atau ia berlalu begitu sahaja tanpa kita isi dengan amal soleh, ibadah, kebaikan dan sebagainya.
Fasa 2:10 hari pertengahan bulan Ramadhan sedang kita tempuhi perjalanan, berbaki satu hari lagi sebelum kita memasuki fasa terakhir.
Fasa terakhir 3:10 hari yang terakhir bulan Ramadhan. Kita masih mempunyai peluang untuk kejar dan gapai fadhilat bulan Ramadhan dalam hari-hari yang berbaki ini.
Ayuh! Beruntunglah orang-orang yang sentiasa berusaha dalam menggapai redha Allah! Mahukah kita menjadi salah satunya?Bertatih Mengenal Puasa
Terimbau waktu kenangan semasa kecil-kecil dahulu mungkin ketika itu belum tahu maksud bulan Ramadhan serta apa fadhilatnya, ketika itu bertatih belajar nak berpuasa, bertatih mengenal Solat Sunat Tarawikh, belajar sedikit demi sedikit. Tahun pertama belajar bepuasa, puasa berselang-seli, ada ponteng, kemudian tahun berikutnya cuba tingkatkan dari tahun sebelumnya sehingga usia meningkat untuk wajib berpuasa penuh sebulan di bulan Ramadhan.
Alhamdulillah, tarbiah buat anak kecil. Proses belajar mengenal Allah. Contoh terbaik yang selalu diperhatikan oleh anak-anak ialah ibu ayah mereka selaku orang yang paling hampir dengan mereka. Mereka belajar dari apa yang mereka perhatikan. Dalam proses berpuasa, kebiasaannya ibu akan mula mengajak anak kecil berpuasa. Dari situ, peranan ayah dan ibu memberi sokongan kepada si kecil untuk sama-sama berpuasa sehinggalah waktu berbuka.
Kelonggaran diberikan sekiranya mereka tidak tahan tetapi semangat untuk mereka berpuasa sudah mula dipupuk dan akan bercambah hari demi hari. Mungkin pada awalnya, keluhan dari anak kecil tetapi dengan proses belajar hari ke hari sudah menjadi kebiasaan untuk anak-anak teruskan berpuasa tanpa keluhan. Kadangkala keterpaksaan itu akan akhirnya membuahkan keikhlasan dan keyakinan dalam melaksanakan amalan.
Bulan Anugerah Istimewa
Dalam bulan ini, Subhanallah penuh ruangan solat lebih-lebih waktu malam. Berpusu-pusu hamba Allah ke masjid dan surau melaksanakan ibadah solat Tarawikh dan kemudian disusuli tadarus. Dari seawal Subuh, kemeriahan rumah-rumah Allah dapat dirasai. Al-Quran dibaca, ditatapi maknanya, sebaiknya cuba diselesaikan 30 juz dalam sebulan Ramadhan.
Masya-Allah! Ada yang mengambil peluang bulan Ramadhan ini sebagai permulaan untuk berubah dan memperbaiki diri dalam meniti perjalanan seterusnya. Di siangnya, yang mana kita perlu mendisiplinkan diri menahan daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga yang boleh mengurangkan pahala berpuasa. Di malamnya pula persiapan untuk menambahkan cinta antara Pencipta dan hamba-Nya. Ditambah pula dengan tadarus al-Quran, zikir-zikir dan sebagainya. Pokoknya siang dan malam penuh dengan tentatif yang mudah untuk digandakan pahala dan meraih cinta-Nya!
Cuba Tanya pada diri kita ke mana perjalanan kita? Magnet bulan Ramadhan!Satu hari lagi kita akan memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan. Sedih kan bulan Ramadhan sudah mahu meninggalkan kita? Apakah kita berpeluang akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang? Pada bulan Ramadhan, bermacam-macam tawaran bonus menarik yang ditawarkan yang boleh kita rebut. Yang paling terbesar adalah Anugerah Lailatul Qadar yang mana Allah sembunyikan bilakah Lailatul Qadar.
Anjuran pada kita untuk meningkatkan lagi amal ibadah, qiam, solat sunat, tadarus, iktikaf dan sebagainya pada sepuluh malam yang terakhir. Masya-Allah, sangatlah beruntung mereka yang dipertemukan dengan malam seribu bulan ini. Tatkala melalui perjalanan sepuluh yang terakhir, pemergiannya hampir-hampir dirasai. Kadangkala kita tidak menggunakan peluang dengan sebaiknya, ia terus beredar dengan begitu sahaja. Kita masih ada peluang! Ayuh kita gunakan sepuluh yang terakhir ini dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah, beribadah, banyakkan berdoa dan lain-lain lagi.
"Ya Allah, moga Ramadhan kali memberikan pengertian yang mendalam buat hamba-Mu ini Ya Rabb."
Siti Aisyah R.A ingin sangat untuk bertemu dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada Nabi "Bilakah berlaku malam Qadar?"
Nabi bertanya kepada Aisyah semula, "Apakah akan kamu buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?"
Aisyah menjawab "Saya tidak tahu." Kemudian Aisyah bertanya lagi "Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?"
Nabi berkata kepada Aisyah "Malam itu malam yang amat baik untuk beramal di malamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya."
Aisyah bertanya lagi "Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?"
Nabi S.A.W menjawab "Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah, 'Allahumma innaka 'afu wun tuhibbul 'afwa fa' fu' anni." (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku) [Hadis Riwayat at-Tirmidzi]Syawal yang bakal menjelma. Ke mana hala tuju selepas Ramadhan?
Lebih kurang 11 hari lagi, umat Islam akan menyambut bulan Syawal. Anak bulan Syawal menandakan pengakhiran bulan Ramadhan. Adakah kemeriahan dan pesta ibadah yang dirasai bulan ini juga berakhir tatkala memasuki malam satu Syawal? Muhasabah diri bersama. Mari! Kita gunakan bulan ini sebagai muhasabah, koreksi dan permulaan perjalanan baru kita yang mendatang untuk tingkatkan ketaqwaan dan Iman, Insya-Allah.
Di bulan Ramadhan ini kita wajib berpuasa sebulan, Insya-Allah kita juga bisa melatih untuk berpuasa sunat di bulan-bulan yang lain. Dalam bulan ini, Alhamdulillah kita cuba menghabiskan 30 juz al-Quran, Insya-Allah pada hari-hari yang mendatang juga kita ada peluang membaca dan menghayati kandungan al-Quran setiap lembaran.
Di bulan ini, Alhamdulillah kita perbanyak solat sunat seperti Solat Sunat Tarawikh, Tahajjud, Taubat dan lain-lain. Insya-Allah pada detik-detik dan hari-hari yang mendatang juga kita bisa ringan Qiammullail, Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Taubat.
Di bulan ini kita perbanyak sedekah, Insya-Allah di bulan-bulan lain juga kita dapat bersama-sama berkongsi dan ringan untuk hulurkan sebahagian rezeki yang kita ada.
Subhanallah! Nikmatkan & indahkan. Tarbiah untuk hari mendatang! Starting 'point' kita dah mula, nak teruskan tak? Ayuh!
"Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun, Maafkanlah kami Ya Rabb. Berkatilah kami dalam Bulan Ramadhan. Jadikan bulan ini permulaan kebaikan dan penghijrahan buat kami ke arah yang lebih baik untuk menambahkan Taqwa kepada-Mu Ya Allah."
No comments:
Post a Comment