LOVE THEM =)

Wednesday 24 August 2011

Wordless Wednesday #1


Check-List Raya . Sblm - Semasa - Selepas:D

Salam readers ! Apa khabar ? 5 hari lagi raya nak datang ! Yeay :D Sukanya sukanya ! Tahun ni korang raya kat mana ? Sape sape yang raya nun jauh di desa dr rumah halaman , masa otw balik kg tu , hati hati lah . Elakkan kemalangn . Harini Cik Amely baik hati sebab nak buat panduan check list semua untuk raya . Even semua da tau apa ptt dibuat kdg kdg ade jugok yang lupe ye dok :) So Cik Amely yg tgh kena food-poisoning ni dengan lemah gemalai menaip naip panduan or checklist raya untuk semua !! :)


Okay . Ready - Set -Go !! :D

Sebelum raya :


SAMPUL RAYA

-Benda ni wajib ada bg sape sape yg ada hajat nk bg duit raya lah :P Korang busy dengan benda besar . Benda kecik korang lupa . Kesian si sampul raya -.- Ingat ok ?



DUIT RAYA

-Kalau stakat ada sampul raya tp isi kosong baik lu jangan nak memain derr . Nanti lu kena gigit dengan bebudak tu baru lu tau . Haha make sure duit pergi tukar dlu . Awl awl . Lmbt lmbt nanti mcm mcm kesulitan boleh jd kn ? So prepare awl awl :D 


SONGKOK RAYA

-Bagi kaum Adam , songkok benda yang penting juga . Kalau yang lama still bole guna , gunala :) Berjimat juga . Tp kalau rasa nak beli yg baru , beli awl awl . Dan plg pnting , ingt kena beli . Jgn nanti pg raya mula gelabah nak crik songkok !

TUDUNG RAYA

-Ni plg penting bg kaum Hawa . Yela raya je time bole 'jangok' gila gila . Haha tau jangok ? Nak tau pergi tanya org org Terengganu dan sewaktu dengannya ye :) Year by year , mcm mcm jenis tudung dh yg ada so msti semua dah plan nk pakai yg mcmtu yg mcmni . So benda ni kena check dlu . Jgn nanti dh raya baru sedar tudung belum beli

BAJU RAYA

-Baju abah , baju mak , nenek , datuk , abg , kakak , adik . Smua kena check ! Kang tk psl pg pg raya ada sorng nangis dengan tetibe sbb tkde bju raya ! Haha . Bju raya tk siap :P Adoi menangislaaaa . Make sure semua msti lengkap dulu !


KUIH RAYA

-Agak pentinggggg ! Nanti org dtg kau nk suap dieorng mkn apa ? Haha kecik bkn sebarangn kecik ok kuih raya ni :P


RUMAH !!

-Sape sape yg nak blik kg , make sure rumah btl btl berkunci . Jgn nanti lps balik dr kg mula la pengsan sbb balik balik tgk rumah kosong kes kena masuk oleh ABG PENCURIIII . So apa apa make sure kunci apa semua , tingkap pintu , eletrik ttp then apa lg apa lg , gas ! Yes plg pnting gas okay ? :)


KERETA

-Jangan lupa servis keretaaaa ya dong ! Nanti tengah jalan kang tak pasal pasal tersangkuttt ! Adoi -.-'


Semasa Raya


SEMBAHYANG RAYA

-Kaum lelaki dan perempuan yang berkelapangan untuk ke sembahyang raya pergila . Walaupun sunat tp ini salah satu cara kita memanjatkn rasa syukur kita pd Illahi setelah sebulan berpuasa kita diraikan dengan Hari Raya Aidilfitri


MANDI !!

-Walau buzy mana pun kita , jangan la lupa nak mandi do ! Nanti org dtg berbau pulak hahaha :P 



MINTA MAAF 

-Tujuan utama raya untuk bermohon maaf atas salah silap kita semua kn . So jgn lupa mntk maaf . Lupakan sengketa lama . Binakn yg baru . Semoga ukhwah akn terus terjalin . InsyaAllah :))

SELEPAS RAYA

FINANCE 

-Mesti kering !! :P Haha .


SELAMAT HARI RAYA !!!



Tuesday 23 August 2011

Wanita, Bersediakah Anda Menjadi Penyejuk Mata?



"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa."
Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah Ta'ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.
Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia?
Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka, tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?
Tentu sekali tidak.

Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.
Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.
Sedarkah anda, bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?
Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.
Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.
Penyejuk mata?
Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.
Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.
Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.
Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.
Kedua, sikap dan perangai. Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.
Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.
Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?
Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?
Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari. Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat 'penyejuk mata' tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?
Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?
Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.
Justeru, selamat berjaya, wahai para penyejuk mata!

Monday 22 August 2011

Bila nenek pula yang menjadi mangsa ! Nak duit beli baju raya ke apa bang ? -.-


Salam readers . Lagi kisah pasal ragut . Eh kita ingtkn kes ragut dh hbs . Ada lg ? So pd mana mana ladies yg suka berjalan smbil bwk beg mcm tknk bwk please be more more more careful after this . Dh dkt nk raya ni mcm mcm lg boleh jd . Peragut rela buat apa sahaja janji dia dpt duit mcm nenek ni kena ;

KUANTAN: Ibarat jatuh ditimpa tangga, seorang wanita warga emas yang tidak sihat hilang rantai emas bernilai RM3,000 apabila diragut lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke klinik. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Nordin Mustapha, berkata mangsa yang berusia 68 tahun itu keluar bersendirian dari rumahnya di Bera untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Triang.

"Dalam kejadian 11 pagi Jumaat lepas itu, wanita terbabit sedang melintas jalan apabila dihampiri seorang lelaki bermotosikal yang bertindak meragut rantai lehernya," katanya.
Warga emas terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan polis sedang mengesan suspek 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.




Pst ; she just a nenek . Kalau tk nenek pun kenapa mesti nak meragut ? Malas belajar jd mcm ni la . Tkde duit untuk raya . Paling mudah meragut kn ? Byk cantik muka kau -.- Berhenti hentila meragut sebelum time kau meragut tu nyawa kau diragut okay ? Peace

Sunday 21 August 2011

Magnet Bulan Ramadhan ! Satu permulaan



Salam Readers . Hari ini 21 Ramadhan saya akan berkongsi juga dgn kalian tentang Ramadhan iaitu Magnet Bulan Ramadhan ! Satu permulaan :)
i) Permulaan Ramadhan
Ramadhan Kareem buat semua. Terasa begitu cepat benar masa berlalu, sedar tak sedar hampir 2/3 perjalanan Ramadhan kita telah lalui. Bila memasuki bulan Rejab dan Sya'aban, ramai yang tidak sabar menanti kehadirannya.
Ya Allah, bulan istimewa yang Engkau anugerahkan buat hamba-Mu. Syukur Ya Allah, Allah sampaikan kita pada bulan Ramadhan bulan yang terselit berjuta-juta keistimewaan dan peluang untuk kita selaku hamba-Nya merebut setiap detik sebaikya.
Ramadhan terbahagi kepada tiga fasa, iaitu 10 Ramadhan yang pertama adalah Rahmat (Mercy), 10 Ramadhan yang kedua adalah Keampunan (Forgiveness) dan 10 fasa terakhir adalah fasa pembebasan dari Api Neraka (Freedom From Hell).

Fasa 1:10 hari awal bulan Ramadhan telah meninggalkan kita, tatkala muhasabah, cuba kita amat-amati apakah kita sudah menggunakan peluang sebaiknya? Atau ia berlalu begitu sahaja tanpa kita isi dengan amal soleh, ibadah, kebaikan dan sebagainya.
Fasa 2:10 hari pertengahan bulan Ramadhan sedang kita tempuhi perjalanan, berbaki satu hari lagi sebelum kita memasuki fasa terakhir.
Fasa terakhir 3:10 hari yang terakhir bulan Ramadhan. Kita masih mempunyai peluang untuk kejar dan gapai fadhilat bulan Ramadhan dalam hari-hari yang berbaki ini.
Ayuh! Beruntunglah orang-orang yang sentiasa berusaha dalam menggapai redha Allah! Mahukah kita menjadi salah satunya?


Bertatih Mengenal Puasa 
Terimbau waktu kenangan semasa kecil-kecil dahulu mungkin ketika itu belum tahu maksud bulan Ramadhan serta apa fadhilatnya, ketika itu bertatih belajar nak berpuasa, bertatih mengenal Solat Sunat Tarawikh, belajar sedikit demi sedikit. Tahun pertama belajar bepuasa, puasa berselang-seli, ada ponteng, kemudian tahun berikutnya cuba tingkatkan dari tahun sebelumnya sehingga usia meningkat untuk wajib berpuasa penuh sebulan di bulan Ramadhan.
Alhamdulillah, tarbiah buat anak kecil. Proses belajar mengenal Allah. Contoh terbaik yang selalu diperhatikan oleh anak-anak ialah ibu ayah mereka selaku orang yang paling hampir dengan mereka. Mereka belajar dari apa yang mereka perhatikan. Dalam proses berpuasa, kebiasaannya ibu akan mula mengajak anak kecil berpuasa. Dari situ, peranan ayah dan ibu memberi sokongan kepada si kecil untuk sama-sama berpuasa sehinggalah waktu berbuka.
Kelonggaran diberikan sekiranya mereka tidak tahan tetapi semangat untuk mereka berpuasa sudah mula dipupuk dan akan bercambah hari demi hari. Mungkin pada awalnya, keluhan dari anak kecil tetapi dengan proses belajar hari ke hari sudah menjadi kebiasaan untuk anak-anak teruskan berpuasa tanpa keluhan. Kadangkala keterpaksaan itu akan akhirnya membuahkan keikhlasan dan keyakinan dalam melaksanakan amalan.


Bulan Anugerah Istimewa 
Dalam bulan ini, Subhanallah penuh ruangan solat lebih-lebih waktu malam. Berpusu-pusu hamba Allah ke masjid dan surau melaksanakan ibadah solat Tarawikh dan kemudian disusuli tadarus. Dari seawal Subuh, kemeriahan rumah-rumah Allah dapat dirasai. Al-Quran dibaca, ditatapi maknanya, sebaiknya cuba diselesaikan 30 juz dalam sebulan Ramadhan.
Masya-Allah! Ada yang mengambil peluang bulan Ramadhan ini sebagai permulaan untuk berubah dan memperbaiki diri dalam meniti perjalanan seterusnya. Di siangnya, yang mana kita perlu mendisiplinkan diri menahan daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga yang boleh mengurangkan pahala berpuasa. Di malamnya pula persiapan untuk menambahkan cinta antara Pencipta dan hamba-Nya. Ditambah pula dengan tadarus al-Quran, zikir-zikir dan sebagainya. Pokoknya siang dan malam penuh dengan tentatif yang mudah untuk digandakan pahala dan meraih cinta-Nya!
Cuba Tanya pada diri kita ke mana perjalanan kita? Magnet bulan Ramadhan!

Satu hari lagi kita akan memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan. Sedih kan bulan Ramadhan sudah mahu meninggalkan kita? Apakah kita berpeluang akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang? Pada bulan Ramadhan, bermacam-macam tawaran bonus menarik yang ditawarkan yang boleh kita rebut. Yang paling terbesar adalah Anugerah Lailatul Qadar yang mana Allah sembunyikan bilakah Lailatul Qadar.
Anjuran pada kita untuk meningkatkan lagi amal ibadah, qiam, solat sunat, tadarus, iktikaf dan sebagainya pada sepuluh malam yang terakhir. Masya-Allah, sangatlah beruntung mereka yang dipertemukan dengan malam seribu bulan ini. Tatkala melalui perjalanan sepuluh yang terakhir, pemergiannya hampir-hampir dirasai. Kadangkala kita tidak menggunakan peluang dengan sebaiknya, ia terus beredar dengan begitu sahaja. Kita masih ada peluang! Ayuh kita gunakan sepuluh yang terakhir ini dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah, beribadah, banyakkan berdoa dan lain-lain lagi.
"Ya Allah, moga Ramadhan kali memberikan pengertian yang mendalam buat hamba-Mu ini Ya Rabb."
Siti Aisyah R.A ingin sangat untuk bertemu dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada Nabi "Bilakah berlaku malam Qadar?"
Nabi bertanya kepada Aisyah semula, "Apakah akan kamu buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?"
Aisyah menjawab "Saya tidak tahu." Kemudian Aisyah bertanya lagi "Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?"
Nabi berkata kepada Aisyah "Malam itu malam yang amat baik untuk beramal di malamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya."
Aisyah bertanya lagi "Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?"
Nabi S.A.W menjawab "Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah, 'Allahumma innaka 'afu wun tuhibbul 'afwa fa' fu' anni." (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku) [Hadis Riwayat at-Tirmidzi]


Syawal yang bakal menjelma. Ke mana hala tuju selepas Ramadhan? 
Lebih kurang 11 hari lagi, umat Islam akan menyambut bulan Syawal. Anak bulan Syawal menandakan pengakhiran bulan Ramadhan. Adakah kemeriahan dan pesta ibadah yang dirasai bulan ini juga berakhir tatkala memasuki malam satu Syawal? Muhasabah diri bersama. Mari! Kita gunakan bulan ini sebagai muhasabah, koreksi dan permulaan perjalanan baru kita yang mendatang untuk tingkatkan ketaqwaan dan Iman, Insya-Allah.
Di bulan Ramadhan ini kita wajib berpuasa sebulan, Insya-Allah kita juga bisa melatih untuk berpuasa sunat di bulan-bulan yang lain. Dalam bulan ini, Alhamdulillah kita cuba menghabiskan 30 juz al-Quran, Insya-Allah pada hari-hari yang mendatang juga kita ada peluang membaca dan menghayati kandungan al-Quran setiap lembaran.
Di bulan ini, Alhamdulillah kita perbanyak solat sunat seperti Solat Sunat Tarawikh, Tahajjud, Taubat dan lain-lain. Insya-Allah pada detik-detik dan hari-hari yang mendatang juga kita bisa ringan Qiammullail, Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Taubat.
Di bulan ini kita perbanyak sedekah, Insya-Allah di bulan-bulan lain juga kita dapat bersama-sama berkongsi dan ringan untuk hulurkan sebahagian rezeki yang kita ada.
Subhanallah! Nikmatkan & indahkan. Tarbiah untuk hari mendatang! Starting 'point' kita dah mula, nak teruskan tak? Ayuh!
"Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun, Maafkanlah kami Ya Rabb. Berkatilah kami dalam Bulan Ramadhan. Jadikan bulan ini permulaan kebaikan dan penghijrahan buat kami ke arah yang lebih baik untuk menambahkan Taqwa kepada-Mu Ya Allah."




Saturday 20 August 2011

Pantun gila -.-' Haha




Rama rama terbang melayang
Terbang melayang di waktu senja
Mengapa orang bunuh orang
Sungguh jahat orang itu

Gunung Daik bercabang tiga
Hancur tanah dikandung badan
Budi yang baik dikenang juga
Dua tiga kucing berlari

Anak kambing jalan seorang diri
Membeli baju di rumah NorKumala
Kalau tuan membeli baldi
Mengapa tuan mendapat tayar ?

Dua Tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Ku pinang tak dapat dapat
Encik Tat yang aku ingin tak tahu benda nak cakap lagi

Anak tenggiri di dalam kolam
Anak kolam di tengah tenggiri
Kolam ingin membeli ikan tenggiri
Jangan membeli di dalam kolam

Dua tiga monyet terbang
Mana nak sama tupai terbang
Kalau kita orang yang baik
Tentu kita orang yang banyak uang ??

Dua tiga kedidi berlari
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan di kandung tanah
Budi yang baik taknak sudah

Kalau Tuan membeli helikopter
Membeli helikopter di Gunung Daik
Persatuan negara memajukan negara
Kemana kita membeli bendera

Menjual helikopter di tengah bandar
Bandar indah maju membangun
Negara malaysia negara maju
Perodua kancil , Encik Tat dah beli

Dari mana mahu kemana
Dari Jodoh pergi ke Kedah
Kalau tuan pergi ke Kedah
Jangan lupa beli laksa Kedah

Anak kedidi makan padi
Padi di makan di tengah hari
Kenapa budaya lepak menjadi jadi
Tolong jawab Encik Tat di sana

Sana burung sini burung
Atas burung bawah burung
Tepi burung kanan pun burung
Depan dan belakang dimananya burung

Anak sotong dalam laut
Anak laut dalam sotong
Itu sotong berenang dalam laut
Tidak boleh jumpa di taman burung .




p/s ; lepas baca otak gila -.-

Friday 19 August 2011

Rindu Sama Kad Raya !

Salam readers !

Raya dah dekat wehhh ! Shopping semua dah ? Baju baju ? Apa lg apa lg ? Handbag ? Wedges ? Aiyo . Kering la poket . Duit raya nanti mcm mana ? Kad raya ? Zaman IT mana guna kad raya lg :D By the way , dah lama tak main hantar kad raya . Yelah skrg makin canggih , facebook ada , phone ada , skype ada . Semua tu bole jadikn medium untuk ucap hari raya !

Saya rindu kad raya ! Lama tk dpt kad raya . Hntr kad raya lg lah lama tk buat ! Bila tgk kad raya jd mcm sedih je . Dulu kad raya diguna pakai skrg dipinggirkan ! Alahaii


Tgk Dato CT pun beria-ia lg buat kad raya . Saya rasa , dlm 5 tahun lg , kad raya pupus terus -.- Betul tk ? Ish korang wish raya mcm mana ? Kad raya lg ? Or pun dh lupakn kad raya ? Samalah kita -.-'

Apa apa pun kad raya tak patut dilupakan :|

Wassalam :)

New blog ? Again ? What happened ?

Salam readers .

New account of blog again  ? Yes ! Yes ! Yes ! Why ? Sebab blog lama saya telah delete dengan tiba tiba :( Pissed off*

I dont even know why my blog was deleted by the Team Blogger . Maybe i shud seek for the answer . But not for now . Sorry guys . I think you guys have to follow my blog , once again :P Yeah . Sorryy . Its one of technical problem that cnt be avoid from . Do follow mine , ill follow all you guys back . Thats for sure . Dont worryyyyy ! =)

By the way , Salam Ramadhan again from me Cik Amely to all of you . Muacks*